Kes Bicara Rasuah | Mahkamah arah kemuka salinan perbualan Whatsapp

2022-09-29 1

Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur mengarahkan saksi pendakwaan kelapan dalam kes rasuah Lim Guan Eng, untuk megemukakan salinan digital perbualan Whatsapp antara dua ahli perniagaan yang dikaitkan dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Arahan dikeluarkan, selepas Peguam Gobind Sing Deo yang mewakili Guan Eng memaklumkan kepada Hakim Azura Alwi, bahawa mesej antara Pengarah Konsortium Zenith Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan ahli perniagaan G. Gnanaraja, telah dikemukakan dalam perbicaraan berasingan di Shah Alam yang melibatkan Gnanaraja.